Sunday, August 30, 2009

Selamat Hari merdeka yang ke 52


Entah kenapa.. tahun ini merdeka agak menyentuh hati...biarpun rata-rata sambutan agak sederhana ... tetapi impaknya agak signifikan buat hamba..

kebetulan pula...terlibat dengan program sambutan merdeka petronas di satu lokasi di melaka..

setelah sekian lama tidak menyanyikan lagu negaraku ... tepat jam 12 mlm lagu negaraku pun dinyanyikan..

apabila dihayati kembali senikata..timbul semangat baru dan terasa panas darah mengalir....

apabila dikenang kembali , sesungguhnya kita patut bersyukur dengan perjuangan datuk nenek kita untuk memerdekakan negara ini...

persoalannya sekarang ,

adakah kita menceritakan perjuangan tersebut kepada generasi yang baru??

adakah kita dan mereka faham makna kemerdekaan yang sebenar??

betulkah kita bersyukur??

apakah peranan kita sekarang??

bersediakah kita sekiranya nikmat kemerdekaan itu dicabut kembali??

marilah kita sama-sama fikirkan persoalan-persoalan ini...........

sambil bermuhasabah diri..kita perbetulkan kembali diri kita dan jagalah keluarga kita...

setiap keluarga adalah tunjang agama , bangsa dan negara...

dan tanpa ILMU takkan tercapai segala matlamat di atas...

akhir kata..

salam MERDEKA untuk semua....







1 comment:

  1. Zaman sekarang ni, tak tau berapa kerat jiwa patriotik yang tinggal...

    ReplyDelete